Thursday, September 23, 2010

...doa penawar hati...


Doa kebaikan untuk ibu bapa.

“Ya Allah,ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihani mereka seperti mereka mengasihaniku semasa aku kecil.”

Doa memohon supaya dijauhkan syirik dan akhlak buruk.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada syak, ragu-ragu dan syirik kepadaMu. Kami berlindung kepadaMu daripada sifat kufur dan iman yang pura-pura. Kami juga memohon perlindunganMu daripada akhlak-akhlak yang jahat, pandangan yang buruk dan kesudahan yang buruk pada harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami.”

Doa memohon rasa tertarik pada al-Quran serta mengubati dukacita dan penyakit hati.

“Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran, kemuliaan dan kekuatan yang tidak tertanding. Aku memohon kepadaMu wahai Tuhan yang maha pengasih, dengan kebesaranMu dan cahaya daripadaMu, engkau tetapkanlah hatiku dengan mengingati kitabMu sebagaimana engkau ajarkan kepadaku sehingga aku dapat membacanya dan mengikut cara yang Kau reda padaku.”

Doa memohon supaya bertambah ilmu dan kefahaman.

“Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkan urusanku. Ya Allah keluarkanlah kami daripada kegelapan dan keraguan. Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakan makrifat ilmu bagi kami, berikan cahaya pada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan. Mudahkan bagi kami memasuki pintu-pintu kurniaMu, wahai yang maha penyayang.”

Doa memohon kebaikan dalam semua urusan.

“Ya Allah kurniakan kami rahmat daripadaMu dan berikan kemudahan serta petunjuk kepada kami demi keselamatan agama kami.”

Doa memohon supaya dimudahkan segala urusan.

“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau jadikan ia mudah dan tiada kedukaan melainkan Engkau hilangkan ia.”

Amalan pembuka rezeki.

Membaca surah al-waqiah.

Doa memohon supaya dicukupkan rezeki.

“Ya Allah, cukupkan aku dengan rezeki yang halal dan kayakan aku dengan limpah kurniaMu daripada aku meminta kepada selain daripadaMu.”

Doa mengelak daripada perkara yang memudaratkan.

“Dengan nama Allah, tiada sesuatu pun yang boleh member mudarat kepadaku di bumi dan juga di langit dengan berkat namaMu, dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.”

Doa memohon supaya dijauhkan daripada bala bencana.

“Ya Allah, wahai Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada segala bala bencana, daripada kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami memohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.”

Doa menjauhi bala.

“wahai Tuhan yang menjauhkan bala, wahai Allah yang menjauhkan bala, wahai Pengasih jauhkan segala bala daripada kami di dunia dan akhirat. Jauhkan bencana yang datang daripada musuh-musuh di kalangan manusia dan jin, dan daripada syaitan dan iblis dan apa-apa yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi. Dengan rahmat Engkau, wahai maha pemurah lagi maha penyayang.”

Amalan melembutkan hati:

i. Baca surah al-Fatihah
ii. Baca surah al-Hasyr, ayat 21-24
iii. Doa melembutkan hati
iv. Solat sunat hajat


Doa melembutkan hati.

“Ya Allah, lembutkan hatiku sebagaimana Kau lembutkan besi untuk Nabi Daud.”



[doa daripada buku "di bawah payung Aishah: Tip-tip poligami"...]
dah nak kena hantar buku ni ke library, due date dah nak dekat,huhuhu...rumate cakap,"amboi,nak berpoligami ke"...hehehe....xla,baca untuk tambah ilmu...tapi kalau tu ketentuanNya di kemudian hari,kemudian hari la buat keputusan....not this time...kuikuikui........tapi baca buku ni,we must think +ve...syariat yang diturunkan Allah,ada perkara yang kita tak nampak,tapi Allah nampak...there have a reason why...


No comments:

Post a Comment