Saturday, October 23, 2010

...albi nadak = seruan hatiku...


Albi Nadak by Fares

(ni tajuk lagu yang sedang berkumandang dalam blog ni,hehehe...)


dan atas permintaan,ni terjemahannya...bersiap sedia untuk muntah(bagi yang allergik dengan patah2 kata jiwang),bersiap sedia untuk meremang(bagi yang alah dengan ayat-ayat cinta)....


Translated into Bahasa Melayu

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu



[setelah dibuat kajian(keja terlalu banyak,tu yg duk buat kajian tentang lagu,hehehe),lagu ni ditujukan untuk suami atau isteri...maaf,untuk pakwe dan makwe,tak dibenarkan...sebab?sebab lagu ni terlalu jiwang,mendayu-dayu,merayu-rayu...naik seram jugak,meremang bulu roma masa pertama kali baca terjemahannya,hahaha...tapi bestttttttttt........]

Monday, October 18, 2010

...mood padang pasir...


[Jangan terpedaya dengan gambar,gambar ni berkaitan dengan kalam ajaib di bawah sekali...]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Bertukar lagu di pagi yang indah...
Alhamdulillah masih diberi nikmat Islam dan Iman...
Jom layan lagu arab ni...tajuknyaaaa???rahsiaaaaa...
Dengar dengar dulu,kalau best,contact la saya untuk membuat tempahan...hahahaha...
Mengarut pagi-pagi...

"Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak..."

Kalam ajaib untuk hari ni:
"...wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi yang nyata?"[daripada buku Bercinta Sampai Syurga]
nak cerita selanjutnya yang ada dalam buku tu,MPH dan Popular setia menanti....wink...

Saturday, October 16, 2010

...kebijaksanaan Imam Ghazali...


Bismillah hirrahman nirrahim...


Enam Persoalan
Dari Imam Ghazali:1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 =" Orang tua "


Murid 2 =" Guru "

Murid 3 =" Teman "

Murid 4 =" Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang
paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati..."



2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "


Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 =" Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU..."



3. Apa yang paling besar di dunia ini ?


Murid 1 =" Gunung "


Murid 2 =" Matahari "


Murid 3 =" Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



‎4. Apa yang paling berat di dunia ?

Murid 1 =" Baja "

Murid 2 =" Besi "

Murid 3 =" Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ..."


(Surah Al-Ahzab : 72 )

"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."




5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 =" Kapas"

Murid 2 =" Angin "

Murid 3 =" Debu "

Murid 4 =" Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat..."




6.Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan kedua ibubapa dan saudaranya sendiri”.




Sunday, October 10, 2010

"Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki"






Haa..

Apela kan Tini ni tetiba cakap pasal seksual2..
Ingat orang perempuan je ke yang terancam dengan gangguan yang dikatakan ni..
Hakikatnya akhir zaman sekarang, kaum lelaki lebih kerap dan terdedah dengan gangguan seksual dari para wanita..
Ya ke??
Ya la..(sendiri jawab)..hahaa
actually terbaca di fb status seseorang tentang ni...
"Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki"
1st time jugak la dengar phrase mcm ni..bila fikir semula,betulla..::thumbs up::

waah33..
xsyak lg..ramai lelaki di luar sana yg selalu jd mangsa serangan seksual wanita2 yg xbertanggungjawab dan xamanah dgn diri sendiri...[kita tunggu komen2 dari para lelaki,apa kata mereka...]
satu anologi mudah..
Wayar elektrik yg selalu kita guna di rumah..
Bayangkan jika wayar tersebut dibuang balutan penebatnya..
Mestila orang yg pegang tu akan kena kejutan elektrik kn..
haaa itu baru wayar elektrik..
Inikan pula yg bergelar gadis, wanita, muslimah dan seumpama dgnnye..
bukan setakat pegang..
tengok pun boleh mengakibatkan 'kejutan elektrik' pada kaum Adam..
dari situ la menularnya ransangan2 ringan hinggalah sampai suatu tahap si dia (lelaki2 yg lemah imannya tadi) akan ter'active10'..
see..
sebab tu la xhairan bilamana di koran2 ada sahaja berita kanak2 perempuan menjadi mangsa rogol dan diperlakukan seperti binatang..
xlupa juga kes2 wanita2 yg menutup aurat dengan lengkap yg turut menjadi mangsa..
dan bilamana penjenayah2 yg merogol membabi dan membuta ni ditangkap,,
xde nye pulak pihak berkuasa akan bertanyakan
"siapa yang meransang nafsu awak?"
sebab di sini hanya pengadilan manusia di dunia..
tapi ingat!!
ALLAH tu adalah seadil-adil penghukum..
di sana nanti xkan ada siapa pun yg akan terlepas dari persaksianNYA..
tu dari sudut aqliah..


Jom kita tengok pula apa yg sedia ada dari aspek naqli..
Secara fitrahnya, memang ALLAH s.w.t jadikan wanita sebagai tarikan utama pada kaum lelaki..
Kerana wanita punya ciri semulajadi sebagai penggoda..
wanita juga ada banyak helah yg bisa membuat mereka2 itu menderita batinnya..
sungguhpun wanita ada sekeping hati yg melahirkan sejuta rasa di minda..
namun setiap inci raut wajah dan tubuh wanita itu sendiri adalah senjata!!
Jika tidak..masakan dikatakan dalam ayat ketiga Surah an-Nuur..
"perempuan2 yg berzina dan laki2 yg berzina, maka deralah tiap2 seorang dari kedua-duanya 100 kali dera..."
ayat tentang zina dimulai dengan 'penzina2 perempuan'..
Tini bukan nak mentafsir ayat Quran sbb Tini sendiri terlalu naif untuk tu..
sekadar perkongsian hikmah mengenai ayat ni yg jelas..
Akhir kalam..meh kite sama2 renungkan mafhum ayat 59 Surah al-Ahzab;
Hai Nabi katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mu'min: "hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yg demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Buat muhasabah dalam mood exam ni,mengingatkan diriku dan juga sahabat2 yang disayangi...

Sunday, October 3, 2010


subhanallah,ya Allah...hari ni final exam bermula...terasa semua,nak demam,nak pengsan,nak lari...hehehe...kalau boleh,dah lama lari...tapi hidupkan,xlepas dari ujian dan exam...

kepada semua kawan2 dan sahabat2 yang akan mengambil paper hari ni,"gud luck!!!".....

dan bila berdebar ni,tiada yang lain melainkan meminta maaf sesama manusia,the person dat close to me,the person dat make my life so beautiful,da person dat helping me,da person dat make my life so simple,hehehe...minta dihalalkan makan minum....minta dimaafkan andai ada menyakiti hati tanpa sedar...andai ada terhutang,nanti minta la,tapi pesanan,under RM10 ja...hahaha...(parah lepas ni kalau berderet datang meminta)....ikhlas ye,jangan tipu-tipu,hehehe...

dan terima kasih semua!!!!!!! semoga dipermudahkan menjawab exam nanti...'ala kulli hal bittaufiq wannajah...(moga setiap perkara diberi hidayah dan kejayaan)

Bismillahhirrahmanirrahim...

"ya ALLAH ... sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada islam dan perjuangnnya,maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara, tetapi sekiranya kejayaan membuatku jauh dari islam dan perjuangannya, maka KAU berhak menentukan selayaknya untukku.. kerana aku imani tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.. amiin.."