Thursday, July 18, 2013

"Hati Wanita"

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum semua~

Sebelum t'lmbat..izinkan patik mengucapkan "Salam Ramadhan Al-Mubarak", bulan yg mulia dan penuh barakah nie buat semua pembaca blog Life Cik Epal Hijau.Maaf sedikit t'lambat..agak buzy sepanjang hari di posting Psychiatry :)

Hari ini (semalam sepatutnya), seluruh Malaysia d'gemparkan dgn perkahwinan kedua Ashraf Muslim. Gempar juga hidupku semalam.Kecohh...Balik jer kelas, aku dpt msj kat Whatssup, inbox di fb n wallpost kat fb menyatakan Ashraf Muslim sudah disahkan b'kahwin sekali lagi.Oooohh..hancur hatiku.Hancur lagi hati kak Dayana kan?Hati wanita mana yg x remuk bila d'madukan kan?Aku b'simpati dgn apa yg menimpa kak Dayana ni.Moga kak Dayana tabah menghadapi ujian ini. Madu lebah mmg manis, tapi kalo madu yang nie?Hmmm....
T'sentuh hati m'baca puisi kak Dayana utk suaminya, (copy paste)


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…




Sobs..sobs..Hidup perlu d'teruskan kak Dayana.Moga Ashraf Muslim dapat b'laku adil kepada kedua-dua isterinya.Saat ini, terpikir kemabali,mak pernah ckp byk kali kat aku mcm nie, "jgn pilih yg hensem,nanti hati yg sakit".Hmmmmmm.............sudah t'bukti!



Counting days FINAL EXAM YEAR 3..Masa b'lalu sungguh pantas.Moga lulus dgn cemerlangnya.Amin...Goodluck kwn2 yg ambil exam. May Allah S.W.T bless our hardwork.Fighting!!!:)



Sunday, June 16, 2013

SELAMAT HARI BAPA :')

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua~

Hari ini adalah HARI BAPA.Selamat Hari Bapa utk semua ayah2,bapa2, abah2 dan seangkatan dengannya :)

TAHUN ini.......sedikit berlainan dgn tahun yg lepas2. Aku x boleh lagi nak wish abah depan2, x boleh lagi nak peluk abah n say "Selamat Hari Bapa abah!Terima kasih utk semuanya".No more.Aku hnya mampu panjatkan doa dan sedekahkan surah Yassin tahun ini, moga roh abah tenang di sana dan d'tempatkan dlm kalangan orgyg beriman dan b'amal soleh.Beruntungnya bg siapa2 yg msh ada abah@ayah.So apa lagi!Cepat ucapkan Selamat Hari Bapa sebelum terlambat.Jgn setakat post d'fb, twitter mahupun blog sahaja :P

Masih kuingat,tahun lepas...Aku b'peluang sambut Hari Bapa dgn abah d'sbbkan aku tgh praktikal di Kedah, di HSB.Time tu, aku boleh peluk abah depan2 n belanja abah mkn makanan kegemaran abah, iaitu x lain dan x bukan KFC Hot n Spicy!Tahun2 sebelumnya x boleh d'sbbkan aku belajar di Shah Alam.Aku hnya wish melalui phone.Siapa sangka,tahun lepas adalah tahun terakhir aku dapat sambut Hari Bapa dgn arwah abah.Abah,thanks for everything. Walaupun abah tegas, tegasnya bertempat. Mungkin kalau abah x tegas, aku dan adik beradik lain akan x akan jd seperti hari ni.Aku sgt respect cara abah m'didik anak2.Antaranya :



1.NO TV hari weekdays.*Bilik TV akan dibuka pintunya hnya pada Hari Jumaat dan Sabtu.
2.Setiap hari selepas solat Magrib, kena mengaji Al-Quran at least 1 jam.SETIAP HARI!:)
3. Kena solat jemaah (terutamanya Magrib),kalau x akan dapat "habuan".*kalau ada yg sembahyang2 cepat,akan d'catat waktunya n sembahyang balik dpn abah.Tgk 'tally" ka dak.My bro selalu kena.Haha :)
4.MESTI balik rumah sebelum 7pm.*Hadiah balik lambat : "Starlight?"Nampak bintang smpai ke Jepun.
5.DILARANG b'kwn dgn org x senonoh.*X boleh lepak, ronda2 satu kampung.
6.Result exam MESTI sekurang2nya B ke ats. Kalau dpt selain A or B kena kurung dlm toilet aka "jamban",bergantung dgn keputusan.Mst m'insafi kesalah diri.
7.Kalau mkn nasi tumpah n semua adik beradik x mau mengaku, kena kutip nasi2 tu sama-sama.
8.Kalau makan d'bilik TV n tertinggal pinggan,n msng2 x mau mengaku jg.Angkat pinggan tu beramai2.Pegang sorang sikit.
9.DILARANG membeli makanan ringan m'gunakan wang saku yg d'berikan.Jika disabit kesalahan, elaun akan dipotong.
10.Pagi ke sekolah Cina, petang ke kelas agama.Malam wajib mengaji Al-Quran.Lps tu, waktu study utk revision.Rondaan akn dibuat stiap jam.
11.Selalu m'beri nasihat dan dorongan.Abah b'fikiran jauh ke hadapan.Nasihat yg akan ku ingat smpai bila2 " Nak susah hari ni atau nak susah kemudian hari?Kalau sekarang rajin belajaq,ke depan nanti keja b'gaji besaq.Hidup senang lenang.Kalau sekarang malas belajaq, ke depan nanti jd "kuli orang".kerja penat".


Ini adalah antara didikan tegas abah yg aku ingat.Byk lagi sebenarnya.X tertulis.Abah m'hntr kami adik-beradik ke Sek Jenis Kebangsaan Cina, baru sekarang aku sedar byk keuntungannya.Alhamdulillah...Aku dpt communicate dgn patient2 Cina yg x reti b'bahasa Malaysia or speaking London.Baru2 ni pun aku tlg Dr kat klinik tu jd translator.ABAH,THANKS FOR EVERYTHING!!!!!!!!!!I'm proud to be ur daughter...Tanpa didikan mak dan abah, siapalah kami adik beradik.



p/s : To my handsome brother,"katanya",goodluck utk pro exam3 clinical.Moga lulus dgn cemerrlang dan m'jadi doktor yg baik.Amin...........

Saturday, May 25, 2013

Rindu arwah abah :')

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum semua~

SEMALAM....mimpi dipeluk arwah abah.Mungkin arwah abah tahu anaknya dalam kesedihan kot.Masih terasa hangatnya pelukan s'org abah...Rindu t'sangat2 kat abah.Sobs...sobs...Pernah juga sebelum ni mimpi arwah abah..abah senyum ja tanpa b'kata apa2.Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah dosa arwah abahku.Moga roh abah tenang di sana dan d'tempatkan dlm kalangan org yg beriman dan b'amal soleh..Aminn......

Cepat sungguh masa b'lalu.."Abah,alhamdulillah,cek dah lulus kedua-dua exam utk clinical dan theory exam posting internal medicine dan surgery..berharap posting2 seterusnya juga begitu.Cek akan bt yg terbaik utk mnunaikan janji sewaktu interview MBBS dulu."Why u choose doctor as your profession?"Tanya interviewer tersebut.Dgn tenangnya aku m'jawab..Insyaallah, if I had the oppurtunity to become a doctor, I and my other siblings want to treat my father illness.My father not really well rite now doctor".(maafkan bahasa inggeris yg agak kucar kacir,eden x pndai speaking).Takdir ilahi menentukan segalanya...Wpun xda rezeki utk mengubati abah,insyaallah cek akan bt yg terbaik.Belajar b'sungguh-sungguh.Cuba utk mngubati penyakit insan2 tersayang org orang lain :')


ABAH...nothing will last forever.But there is one fact that will last forever,forever and ever i'll loving you...:')



p/s : Al-fatihah utk arwah abah :')

Thursday, May 23, 2013

Ujian lagi :')

Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum semua~

Minggu kesedihan berlalu...tapi hati msh sayu.Ujian dari Allah menandakan Allah sayangkan hambanya.Ada kwn yg ckp, "jelesnya dgn tnie!Mcm2 ujian yg d'hadapi.Betapa sayangnya Allah S.W.T kat tnie kan".Air mata b'genang lagi..Ya Allah, tabahkan hatiku yg rapuh ni utk menempuhi segala ujian.S'sungguhnya aku redha Ya Allah..

Rabu minggu lepas....lepas sedar ja dari tdur semalaman, pkol 6 lebih aku bgn......cari henpon.As usual,nak tgk jam pkol brapa. Cari pnya cari x jmpa."Mana aku letak ni?Rasanya semalam ada kat sini?"Aku terus bgn dan cari dalam bilik.(kebetulan malam tu tidor kat luar sbb panas)Xda jg....Hati dah rasa x sedap!Nervous semacam....P check tgk laptop.PUN XDA!Ya Allah...x tahu nak bt apa time tu...Henpon tu baru abg mie beli last 3 weeks, Samsung Galaxy Note 2 kaler pink.huhu..check phone satu lagi, juga d'dapati tiada dlm simpanan.Ya Allah....aku terduduk d'ruang tamu."Hujan" + kilat sabung mnyabung di Shah Alam....Ku cuba check kunci dan pintu rumah.Tiada kesan umpil mahupun d'ceroboh..Ooohhh..ini petanda kerja org dalam.Tapi siapa?Hanya Allah S.W.T yg Maha Mengetahui..Housemate sorang lagi pun mengalami nasib yg sama...dia kehilangan notebooknya.Thesis kat dalam tu.Kesian dia..Mungkin ujian bt aku dan dia....Muhasabah diri :')

Hmm.....Aku pada ketika itu menjadi s'sorang yg agak lemah.Buku malas dibuka, kelas t'sangat malas nak attend.Fikiran b'celelaru.Kesedihan menguasai jiwa.Buka mata,asyik teringat.Menangis.Tidur balik.Saat itu, aku t'sedar betapa pentingnya solat sebagai tiang agama.Kadang2 timbul rasa di hati..Mengapa aku?Ya Allah..ampuni aku.Aku insan yg lemah.Sebelum ini, aku pernah mengalami situasi yg sama awal tahun 2013.Saat kehilangan kereta dan saat kehilangan abah yg tercinta.Aku ternyata lebih kuat pada waktu itu.Solat dan bacaan Al-Quran ternyata boleh menenangkan jiwa yg keluh kesah.Tapi, saat aku d'uji tempoh hari  tidak m'izinkan aku utk b'buat demikian.T'sedar aku....Alhamdulillah, untungnya kita d'lahirkan sebagai org Islam. M'perolehi ketenangan melalui  solat dan mengingati Allah.....

Dan...Alhamdulillah...sekarang aku sudah kembali seperti biasa.Aku redha dgn ujian ini.Jika ada rezeki@"jodoh" aku dgn laptop + kedua2 phone tu, maka jumpalah balik seperti mana aku "m'jumpai" keretaku yg hilang.....Betapa tenangya hati ini boleh b'doa pada Allah.Moga org yg m'curi itu d'lembutkan hati utk m'mulangkan apa yg bukan haknya.Ambil barang anak yatim...X baik taw! :'(



As  My mentor said :" I hope this is the last bad things that happen to you".Amin.......Setiap ujian pasti ada hikmahNya. Dr. S ckp, hidup kita ni umpama roda, kadang2 kita berada d'ats, dan kadang2 kita di bawah.Mungkin sekarang aku berada di bawah....Insyaallah akan adanya pelangi selepas hujan....


Sekian, kisah hatiku.Thanks bambam bg pinjam laptop...End of Posting Paediatrics Clinical Examination next week.Moga Allah permudahkan segalanya."Little cute Monster", please be nice to me ya :)


p/s : Al-fatihah utk arwah abahku.Rindunya kat arwah abah :')

Monday, May 13, 2013

Me + Paeds :')

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum semua....

Satu bulan tanpa cerita jelas menunjukkan daku sememangnya "buzy".Tambah2 sekarang di Paediatrics Department. Ya Allah, kurasakan hidupku kucar kacir.Mengapa begini ya?Aku x suka budak2?NO!NO!NO!Aku mmg suka budak2 :)

Tapi selama di wad kanak2,hatiku kurang gembira.Gelisah mungkin?Serabut pun ada juga.Mungkin hati ini x sanggup utk melihat adik2 yg comel b'penyakit kot.Ooohh..penyayang giteww....Sungguh senang utk mengambil hati kanak2 yg sihat tapi mmg payah bagi kanak2 yg mengalami masalah kesihatan.D'tambah pula yg datang menjenguk adalah "Manusia B'pakaian Putih d'kelilingi alatan2 yg pelik dan menakutkan".Nmpak ja "teriak" terus.What to do.....Huhu..(Aku pernah d'tarik tudung dan d'tendang ketika m'bantu dr mengambil darah kanak2 di klinik)Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. End of posting Exam semakin hampir tapi otak ni seperti msh kosong. Hati ni mcm susah sgt nak adapt dgn environment sekarang. Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..adik2 yg comel kat wad, please be nice to me,kakak janji kakak x cucuk adik or bt bagi adik sakit :)

Mengimbau kenangan April........30th April.Bye2 Dr.N and Dr MJ..our beloved O&G specialist.Sgt enjoy semasa berada di O&G posting.Byk yg dapat belajar.Di sini aku dapat belajar bagaimana susahnya s'sorang ibu mengandungkan anak,belum d'kira lagi komplikasi2 yg d'alami semasa mengandung dan betapa siksanya saat ibu melahirkan anak.S'sungguhnya pengorbanan ibu.....tidak dpt d'gambarkan dgn perkataan dan tidak mampu ku nilai dgn wang ringgit. Terima kasih kerana melahirkan aku! T'bayang saat2 getir mak bertarung nyawa utk melahirkan aku...Ampunilah dosaku ya Allah andai aku pernah m'hiris hati ibuku ;'( " HAPPY MOTHER"S DAY!!!!!!!

B'balik kpd cerita Dr.N dan Dr.MJ...aku sgt respect mereka b'dua.Cara mereka mngajar.Superb habis!!!Kata orng, "masin" mulut s'org ibu,mgkn jg "masin" mulut s'org guru kan..Dr.N nak sgt aku m'ikut jejak langkah beliau."Tnie,be a gynaecologist ok".Hope to see you at International Conference", sambil mngusap2 kepala aku...Aku t'diam tdk t'kata apa2.Hnya mampu t'senyum dan b'kata Insyaallah......Besar pahalanya sekiranya ada rezeki m'jadi Pakar Sakit Puan.Long journey to go. Moga Allah m'mudahkan urusan kami semua..Amin...





Memory b'sama khas bt doc2 :)




B'jalan b'sama :)


Hmm......Missing Dr N..sbb aku mmg agak rapat dgn beliau.Seorang yg penyayang,mcm mak2 gittew..Moga Dr.N dan Dr.MJ sihat selalu d'tanah air tercinta (Bangalore) dan selamat kembali menjalankan tugas sebagai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan. Ada rezeki mungkin kami akan ke Bangalore menjenguk Dr ^__^



p/s : Zaman sekarang, maju...Mujur ada Whatssapp, Viber, Wechat.Dapat aku b'hubung dgn Dr tanpa kos yg tinggi.Keep in touch ya Dr :)

Saturday, March 16, 2013

Happy B'lated Birthday To Me :')

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum semua~

Sekian lama x update blog...Hmm....I MISS HIM..........REALLY!!!!!!

March 2013.Anything special?Jeng...jeng...jeng...HAPPY B'LATED BIRTHDAY to me.Baby kechek selamat d'lahirkan pada tanggal 4 March 1990. Terima kasih mak kerana telah m'lahirkan daku...Terima kasih mak, abah kerana telah mjaga dan m'didik daku sejak d'lahirkan hingga hari ini.Terima kasih juga ahli keluarga tersayang  yg sentiasa m'beri sokongan sehingga ke saat ini.TANPA KALIAN,siapalah aku..... :')

Tahun ni,celebrate birthday without my lovely ABAH.Ya Allah,tabahkan hatiku menempuh hari2 yg mendatang.....Amin...

Nothing special tahun ni.Sama mcm tahun2 yg lepas.(Ketua batch nyanyi "Happy Birthday To Me" kat kelas...Itu mungkin special..Hahaha).CUMA, umur dah semakin meningkat.OMMO....TAPI, still ada yg panggil aku "bdk kechek".So suwitttttttt..Hahaha.."Bdk kechek" pun "bdk kechek" la.Asalkan korang bahagia.Weee....Btw, Thanks kepada semua yg m'doakan kesejahteraan hidupku.Terima kasih atas doa2 kalian..Moga Allah S.W.T sama2 m'berkati hidup kita semua. Happy Birthday to me.Tahun ni dah x boleh merajuk dgn abah dah sebab x wish birthday :'(

I LOVE my BFF so much.Thanks to them.Moga persahabatan kita KEKAL SELAMANYA TILL JANNAH.Amin....Thanks to Ain dan Zati yg b'susah payah celebrate my birthday.OOo..nk p Taman Rakyat Klang hilangkan stress ya?Ini tujuan asal rupanya.Thanks again both of you.Love ya!!!!!


Happy Birthday!!!:)


Me Terharu.Haha :')


Umur 5 tahun lohhh :P


Actors behind the scene.Love BOTH OF YOU!

US.....Sahabat SELAMANYA...

Ada orang lalu jogging wish me Happy Birthday.Hahaha :)

Peace No War!!Mcm taw2 ja..Baju yg dipakai hadiah pemberian Ain dan Zati :')






ENOUGH FOR TODAY.....

DAAAA ^___^







Monday, February 18, 2013

Coretan hatiku~

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum semua~

Malam ini...air mata jatuh lagi.Air mata ini jatuh setelah b'hari-hari kucuba menahannya turun m'banjiri pipi...Akhirnya aku t'sungkur,x dapat menahan sebak.Ya Allah,aku rindukan arwah abah. T'lalu rindu.Rindu sgt2...ABAH :'( 

Saban hari d'hospital,bila t'pandangkan patient yg b'umur lingkungan umur arwah abah,aku teringatkan arwah.Hatiku sebak,terasa pedih d'lubuk hati.Air mata ku tahan dari terus mengalir.Bahagianya mereka kerana masih ada insan b'gelar abah.Masih boleh m'manggil "abah" setiap masa.Masih b'peluang b'cakap dan m'meluk abah mereka....Tapi aku?."Allah S.W.T lebih sayangkan arwah abah".Ayat nak memujuk hati.Alhamdulillah,tiap hari,aku mampu ke kelas m'jalani kehidupan seperti biasa.B'syukur kerana aku d'beri ketabahan dan b'syukur juga kerana sekarang aku d'tempatkan di department Obstetric&Gynaecology (O&G),semua pesakitnya perempuan.Kalau x,entahlah apa yg akan t'jadi.......

"Alhamdulillah....Tabahnya tnie!"Sesetengah kwn2 menegurku begitu.Ya,aku belajar utk m'jadi tabah.Aku belajar menerima takdir dan ketentuan yg Allah S.W.T.Setiap kali hati ini ingin b'sedih,aku teringat pesan mak,"janganlah sedih yg terlampau2 kakak,keja syaitan tu,nak m'hasut supaya kita lupakan Allah S.W.T.Lupa b'doa utk arwah,moga d'ampunkan segala dosa dan d'tempatkan dalam kalangan org yg b'iman dan b'amal soleh".Setiap kali hati ingin b'sedih,aku akan ingat nasihat mak ni....Ini salah satu sebabnya yg m'buatkan aku tabah dan kuat.Tapi,malam ni..aku gagal..Gagal kerana aku terlalu m'rindui arwah abah :'(

"Janganlah kita s'tiasa b'sedih atau t'lalu gembira,takut2 nanti syaitan qarin suka b'bisik.Al mu'tamir Bin Sulaiman b'kata dari ayahnya,"d'katakan kepadaku bahawa syaitan yg suka b'bisik itu(qarin) meniup d'hati manusia ketika b'sedih dan tatkala gembira.Apabila manusia m'ingati Allah,maka ia b'sembunyi"-Sahih tafsir Ibn Katsir Jilid 9.Selalulah M'ingati Allah S.W.T,sesungguhnya,dengan m'ingati Allah,hati akan tenang.....

TERIMA KASIH kepada sedara2 dan shabat2 yg telah byk m'berikan nasihat dan m'berikan kata2 semangat kepada kami sekeluarga utk menempuh hari yg m'datang.Moga Allah S.W.T m'balas jasa kalian.AL-FATIHAH utk arwah abah t'cinta,Haji Abu Bakar Bin Ibrahim (27.8.1948-9.2.2013).Moga roh abah d'tempatkan dalam kalangan orang yg b'iman dan b'amal soleh.....Amin...


p/s : Alhamdulillah...aku masih punya mak dan ahli keluarga yg lain.Aku sayang mereka sgt2!!!!!!

Sunday, January 13, 2013

Ya Allah.......... :'(

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum semua~

Hari ni.....rasa sedih sgt.+ risau yg amat.Air mata x boleh b'henti mngalir.Fikiran dah ada kat kampung.Jasad yg masih d'Shah Alam.Exam tinggal satu minggu.Seminar dan case write up belum lagi siap.Apa yg aku mampu lakukan sekarang,hanyalah b'doa dari jauh...Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati ibuku utk m'jaga abahku yg sdng sakit.Berikanlah ibuku kekuatan dan kecekalan....Ya Allah yg Maha Pemuarah lagi Maha Mengasihani,Engkau sembuhkanlah penyakit abahku.Kurangkan segala kesakitan yg d'alaminya.Aku sayang mak abah aku dan juga family aku :'(

Tatkala dugaan m'datang,aku harus tabah..Pukul 1.00tgh hari tadi,dapat kol from my sis masa kat library.Cuba cekalkan hati.OOhhh...cannot.Cannot.Ayaq mata x b'henti mngalir.Kemas2 buku,simpan semua barang...balik terus.Can't stop thinking about my dad and my mom condition kat kampung.Huhuh...NAKK BALIKKKKKKKK!!!!!:(

"Menangsis bukan jalan penyelesaian masalah".Betul!Bykkan b'doa pada Allah S.W.T.Mohon bantuan kawan2 sekalian utk turut m'doakan kesembuhan abah aku..I really miss my dad yg masa x sakit dulu.Huhuhu.......Now,semua kerja harus d'siapkan dgn segera.Exam?STUDYlah....moga diri ini tabah.......



p/s: Sekadar ingin b'kongsi dengan kawan2 p'baca sekalian..Rasa lapang sket hati ini.Rasa tenang sket dah...Thanks semua :)




Friday, January 11, 2013

ALHAMDULILLAH......graduated :)

Bismilahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum semua...my dear readers~

Sebelum itu, terima kasih kepada semua yg sudi m'baca dan sudi "m'follow" blog yg x seberapa ini.Alhamdulillah...terima kasih Allah.2012 dah melabuhkan tirainya b'sama suka dan duka..2013....hari demi hari b'lalu.Yg penting aku harus tabah,matangkan diri dan sentiasa b'fikiran POSITIF :)

Bicara kali ini,just nak kongsikan kegembiraan b'sama kalian...ALHAMDULILLAH...done with my first degree.Bac in Medical Sciences (Honours).Waiting for my next 2year 1/2-MBBS.Moga Allah S.W.T permudahkan segalanya....TAHNIAH kepada semua kengkawan..One step closer ^.^

Ni gambar pre-graduation....Yg hari grade msh ada dgn abang.One of my sweet memories indeed...


LOCATION : TASIK SEK 2 SHAH ALAM
DATE : 5th JANUARY 2013


With my BFF forever.Congratz ya!:)



Yayy!Terbang.....



Merenung jauh masa depan....



:)



Me San Wu Kong?Haishhhhh...




Bambam + Ain + Me + Dayang



Hmmm...style uols :P



Curlass kau maria!!!Maria-beside me.Hehehe




This is my lovely K.Lina...Pantang b'jumpa,mst bergaduh2 manja :)




My lovely housemate 619 :)



Peace yo!!!:)


Thanks ain sebab selalu ada dgn Tnie bila susah dan senang.I LOVE U :)




With my lovely sporting mentor!T'baik:)



Akhirnya.....kami dah b'baik semula.Selamat b'graduasi k.Lina :)



AND.......






THanks to my lovely family,lecturers and friends..Love uols :)



p/s : Thanks to ain n housemate 619 yg sudi temankan kami berdua m'jayakan photoshoot pre-grade ini.Xda duit nak upah photographer :)