Wednesday, June 20, 2012

PERINGATAN utk diri sendiri :')

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum semua~

Log in fb...seketika t'pandang status along aishah ashiyya.

Terfikir sejenak.........

Mmg benar apa yg d'perkatakan :')



Iblis itu terlalu pandai...

Menipu manusia, haji dan lebai...

Didatangkan nafsu berbagai-bagai...
Seperti hujan jatuh berderai...



Jangan bimbang andai diri kita tak rupawan...

Tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan...
Jangan bimbang andai kita belum berpasangan...
Tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada Allah...



Muhasabah diri.....Thanks for sharing along!!!



Saturday, June 2, 2012

JUNE........


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua~

WELCOME JUNE n GOODBYE MAY!!!!!!

Cepat sungguh masa berlalu...Besok,msuk new department-Surgical Department.B'siap sedialah mental dan fizikal.Dgr cerita surgeon2 kat snie garang2.Hmmm.....CUAK juga.

BYE medical department!Byk jg dapat belajar terutamanya masa kat CRW.(CRW under medical?Sebenanrnya wad jantung,tapi kami masuk jg!).Thanks to cardiologist Dr.B yg banyak mengajar kami.Sampai t'sentap2 hati ni.Uhhh..sungguh menusuk kalbu.Seketika,di hadapan patient2,para doktor.nurse2,aku terpukul dgn kata-kata itu."Aku umpama org buta yg memegang gajah".BANYAK ILMU yg harus aku pelajari."Don't be a quarter or half doctor in future".Thank you again doc :")

3 MORE WEEKS to go n then goodbye HSB..see u again.Lalalala~(mampus la!!!!research,log book n report semua x setel.BERUBAH la tnie Ooiii!!!)

Ok,jumpa lagi di kemudian hari!Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari yg mendatang lebih baik dari yg sebelumnya~ ^^




Sunday, May 27, 2012

Menjemput Bidadari

Disebabkan sekarang musim cuti sekolah. Errr, kenapa dengan musim cuti sekolah? Adalaaaa...hehehe...musim cuti sekolah bersamaan jugak musim kenduri. Jadi, nak kongsikan sebuah lagu, Menjemput Bidadari.

Macam lagu nak syahid kan? Tapi sebenarnya bukan lagu nak syahid, tapi lagu ni macam kisah lebih kurang seorang lelaki yang dah menyiapkan dirinya, nak jemput bidadarinya means bakal isterinya. Nak jemput melangkah bersama-sama ke gerbang perkahwinan, mencapai redhaNya bersama.

Dipersembahkan, Dani Setiawan dengan lagunya Menjemput Bidadari

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Abaikan 'by syamnuriezmil' tu...ni version Cik Epal Hijau okeyyyy... ;)

Sunday, May 13, 2012

It's ok Man Utd :)

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum semua~

Agak frust malam ni.But it's ok.Next season cuba lagi!Glory2 Man Utd.To papa Ferguson,belilah striker baru yg mantap ya.Smoga kekalahan ini d'jadikan pengajaran kepada kita semua :)

Hmm....Mula2 excited!!!Ingat Man Utd menang sbb Man City-QPR,1-2.Tup2 jd 3-2.Uhh..menyedihkan.Xpalah,xda rezeki.kepada sesiapa sahaja yg nak mngutuk2 Man Utd.Nah,amek nie : (kecuali penyokong Man City la).Apapun,congrates Man City,anda memang layak utk menang!!!!!

"pusing2 duk manchester gak trofi epl, bukan di stamford bridge, bukan di emirates, jauh lg la klau anfield.. adat prtndingan"-pinjam status kwn aku yg study kat Sunderland.I loike :)



Monday, May 7, 2012

Hye2 Ward 3B



1st Day at Medical Department
Ward 3B ( Kenanga)
History taking & Physical Exam!!!!
Byk lagi perlu belajar..
ALHAMDULILLAH
Doctor2 n SN baik2 belaka :)


FIGHTING kwn2...Don't worry!Dr.A ada xD



Monday, April 30, 2012

Kisah Cinta Antara Kita

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~

Semoga bermanfa'at.insya Allah
Bilamana catatan ini dirasa bermanfaat bagi Para Sahabat ?
Maka Sebarkanlah dgn cara klik tombol "share/bagikan" dibawah catatan ini,
semoga membawa PERUBAHAN ke yang lebih baik bagi Bangsa ini & menjadi amal jariyah bagi kita semua,aamiin... :-)

"Barang siapa MENUNJUKKAN pada KEBAIKAN ,

maka baginya PAHALA seperti orang yang MELAKUKANnya ." (HR.Muslim)

Sesungguhnya hamba lemah tanpa Petunjuk_MU,

Hamba buta tanpa bimbingan_MU,

Hamba cacat tanpa Hidayah_MU,

Hamba Hina tanpa Rahmat_MU,



Ya Allah....

Kuatkan Hati dan semangat Hamba,

Tabahkan Hamba menghadapi segala Cobaan_MU,

Jadikanlah hamba kelak,sebagai Istri yang di senangi Suami,

Bukakanlah hati hamba untuk menghayati Agama_MU,

Bimbinglah hamba agar menjadi Istri yang sholehah...

Hanya pada_MU Ya Allah...

Hamba mohonkan segala harapan,Amiin Ya Robbal'alamiin...


"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku pasangan dan zuriat penyejuk di mata, penawar di hati wa muttaqi na imama...
Ameen ya Robb..."

Sunday, April 29, 2012

Jangan D'ucap Selamat Tinggal.....

Bismillahirahmanirrahim~

Assalamualaikum semua.....

"Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya".Aku yakin dgn kata-kata itu!!!!(merujuk kepada kes Hospital Sg.Buloh tu)....

Hampir sebulan di A+E.Nice and great experience!Berat plak hati ni nak tinggalkan A+E.Sebab semua orang kat snie mostly baik-baik belaka.Byk bnda aku dah blajar..(Katanya berat hati nak tinggalkan A+E,tapi....lain plak jadinya.Tersilap tgk tarikh,semangat m'daftarkan diri kat Medical Department,rupa-rupanya msh ada seminggu d' A+E..malu xtaw nak kata la kan..Bsok nak bt muka slumber badak dah la :)

Log book in progress.Thesis?AiyOoo..x sentuh lansung.Lps key in data hari tu,terus aku campak tepi.Xmau tgk dah.Bila nak sambung bt balik nie?+.+"

Someone bg nasihat kat aku,"bila dah jd dokter nanti,be nice to all people,x kisah la orang pangkat yg lbh bwh or yg b' pangkat lbh tinggi drpd kita,jgn biar diri kita d'benci d'sbbkan keegoan kita"Pengalaman itu yg penting sebenarnya.Insyaallah,akanku ingat kata-kata ni sampai bila-bila.Byk yg aku dah pelajari kat snie,cara nak bercommunicate dgn orang dgn cara yg sopan,cara nak bertegur sapa dgn patient n waris-waris,cara nak minta tlg dan lain-lain lagi.Sbg pelajar,aku x suka bila d'tengking or d'marahi.Gunalah bahasa yg elok,tegurlah dgn cara yg baik.Barulah semua buat kerja tanpa stress kan?

Apapun,TAHNIAH kepada diri sendiri kerana telah BERJAYA "set line" and bt venipuncture wpun dgn tangan yg agak terketar-ketar.Thanks to sahabat2 yg memberikan kata-kata semangat di sisi aku.Thanks to PPW n Dr.Tarmizi also!Haha..."Pakcik,nak cucuk sket nOo".Pap!!!(bunyi mcm nie k?Over kan...).Ok berjaya dan aku x rasa sakit lansung!Hahaha!Best jg amek darah orang kan?Hehe..Praktice make perfect..Bak kata-"nasihat" dari seorang senior AMO,"biarlah seorang patient saja yg sakit (merujuk kepada kes cucuk mencucuk tadi,jgn biarkan yg 100 or 1000 patient yg mendatang sakit semuanya (akibat xda skill nak set line,cucuk seribu kali pun darah x tubit lagi,over smpai 1000 kali kan..).Biarlah seorang patient yg mati,jgn biarkan yg 100 atau kesemua patient yg mendatang mati.Asalkan kamu dapat belajar dan x mengulangi kesalahan tersebut d'kemudian hari.-(ayat sebelum ini adalah perumpamaan,x berkaitan antara yg hidup atau yg telah mati).Thanks En AMO yg baik hati :))

Tinggal lagi beberapa hari lagi d'A+E.Harap boleh bertambah lagi ilmu d'dada.Teringin nak ikut ambulance call (maybe ke lokasi kejadian,tapak kemalangan).Semoga hajat d'hati d'makbulkan.Ameen..Uhhh..dah 4.35am??????????Aku x tdoq lagi.Harapan la kalau nak bangun akn.Rasa mcm x pyah tdoq dah la kot.P hospital dgn mata panda.Baru comel.Hehe :))

Akhir kata...."Bye2 A+E n hye2 Medical Department" xD