Saturday, December 25, 2010
Rindu Bdk Kecik!!!!
Friday, December 24, 2010
Ya ALLAH,mereka m'hina agamaku...

Pemilik Cintaku Setelah ALLAH Dan Rasul...
Tuesday, December 21, 2010
ALLAH S.W.T Bersamaku.....
Monday, December 6, 2010
Resah & Gelisah.....
Saturday, December 4, 2010
Mimpi.....


Jam 1 lbh...aku t'bgn dr tdor.T'kejut dgn mimpi aku yg buruk.Mungkin perkara yg t'jd pg td m'buatkan ia b'main2 d'fikiran aku lg.Aku fobia!!!!!!Seyesly.Dlm mimpi aku nie,umah aku kna pecah msuk lg,n dis time lappy aku,phone aku lak yg hilang.Aku x nmpak muka org yg msuk 2,sbb time aku tdor,aku x pkai spek.(boleh plak kn?)Aku nmpak susuk tubuh dia ja.Badan dia gempal n b'baju t-shirt biru gelap.Aku cba m'jerit dan m'lwn tp aku x b'daya.Kemudian,aku t'sedar....Terus aku m'jerit,"YA ALLAH,dan b'lari masuk ke bilik dlm bilik,mcm yg b'laku siang td.Alhamdulillah,lappyku msh d'ats meja dan phone aku jg msh d'situ.(mcm mna ntah,bleh t'tdor kt ruang tamu plak)
Monday, November 29, 2010
Bosannya!!!!!!!!!!
Wednesday, November 24, 2010
Life must goes on.............

Cepatnya masa b'lalu.Dah msuk sem 4 rupanya.Mcm x p'caya ja.Dah mkn tua rupanya aku nie.Huhuhu....subject sem nie..Mak aii!!!!Gerun aku..Pathophysio of nervous system,pathophysio of cardiovascular system,pathophysio of genito-urinary,Pathophysio of respiratory system n Career in Health Science.Smua sbject2 yg akn mnyebabkan aku d'serang hypertension.Doctor yg mngjarnya,alhamdullilah,ok la!!!!Dr.Sami aku da knal.Dah ngajar sem lps.Dr Ngin Cin Khai plak,boleh la.First2 dpt taw dia akn ngajar aku,riso gk la.Doc dr Mynmar,takot plak x phm apa yg dia mngajar.Siap ngadu2 kt mak aku agi.Mak aku kta "Sabar kak,nanti lama2 ok la 2".(kelas x masuk agi dah mrungut2)haishh......Tp,bila da msuk kelas,alhamdullilah la.Aku berjaya memahami apa yg d'sampaikan..bt penat jer riso awal2..Apapn,life must goes on!!!!!!
Thursday, November 11, 2010
Tahniah aloNg!!!!!!!! ;)

Friday, November 5, 2010
OOoouhh....GEMUK!!!!!!

tottemo daisuki
DORAEMON
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
.jpg)
Saturday, October 23, 2010
...albi nadak = seruan hatiku...

Albi Nadak by Fares
(ni tajuk lagu yang sedang berkumandang dalam blog ni,hehehe...)
dan atas permintaan,ni terjemahannya...bersiap sedia untuk muntah(bagi yang allergik dengan patah2 kata jiwang),bersiap sedia untuk meremang(bagi yang alah dengan ayat-ayat cinta)....
Translated into Bahasa Melayu
Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu
Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu
Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu
Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
[setelah dibuat kajian(keja terlalu banyak,tu yg duk buat kajian tentang lagu,hehehe),lagu ni ditujukan untuk suami atau isteri...maaf,untuk pakwe dan makwe,tak dibenarkan...sebab?sebab lagu ni terlalu jiwang,mendayu-dayu,merayu-rayu...naik seram jugak,meremang bulu roma masa pertama kali baca terjemahannya,hahaha...tapi bestttttttttt........]
Monday, October 18, 2010
...mood padang pasir...

ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek
hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak
Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek
hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak..."
Saturday, October 16, 2010
...kebijaksanaan Imam Ghazali...

Bismillah hirrahman nirrahim...
Enam Persoalan
Dari Imam Ghazali:1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 =" Orang tua "
Murid 2 =" Guru "
Murid 3 =" Teman "
Murid 4 =" Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang
paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati..."
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 =" Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU..."
3. Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1 =" Gunung "
Murid 2 =" Matahari "
Murid 3 =" Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
4. Apa yang paling berat di dunia ?
Murid 1 =" Baja "
Murid 2 =" Besi "
Murid 3 =" Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ..."
(Surah Al-Ahzab : 72 )
"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 =" Kapas"
Murid 2 =" Angin "
Murid 3 =" Debu "
Murid 4 =" Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat..."
6.Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yangpaling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan kedua ibubapa dan saudaranya sendiri”.
Sunday, October 10, 2010
"Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki"

Apela kan Tini ni tetiba cakap pasal seksual2..
Ingat orang perempuan je ke yang terancam dengan gangguan yang dikatakan ni..
Hakikatnya akhir zaman sekarang, kaum lelaki lebih kerap dan terdedah dengan gangguan seksual dari para wanita..
Ya ke??
Ya la..(sendiri jawab)..hahaa
actually terbaca di fb status seseorang tentang ni...
"Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki"
1st time jugak la dengar phrase mcm ni..bila fikir semula,betulla..::thumbs up::
xsyak lg..ramai lelaki di luar sana yg selalu jd mangsa serangan seksual wanita2 yg xbertanggungjawab dan xamanah dgn diri sendiri...[kita tunggu komen2 dari para lelaki,apa kata mereka...]
satu anologi mudah..
Wayar elektrik yg selalu kita guna di rumah..
Bayangkan jika wayar tersebut dibuang balutan penebatnya..
Mestila orang yg pegang tu akan kena kejutan elektrik kn..
haaa itu baru wayar elektrik..
Inikan pula yg bergelar gadis, wanita, muslimah dan seumpama dgnnye..
bukan setakat pegang..
tengok pun boleh mengakibatkan 'kejutan elektrik' pada kaum Adam..
dari situ la menularnya ransangan2 ringan hinggalah sampai suatu tahap si dia (lelaki2 yg lemah imannya tadi) akan ter'active10'..
see..
sebab tu la xhairan bilamana di koran2 ada sahaja berita kanak2 perempuan menjadi mangsa rogol dan diperlakukan seperti binatang..
xlupa juga kes2 wanita2 yg menutup aurat dengan lengkap yg turut menjadi mangsa..
dan bilamana penjenayah2 yg merogol membabi dan membuta ni ditangkap,,
xde nye pulak pihak berkuasa akan bertanyakan
"siapa yang meransang nafsu awak?"
sebab di sini hanya pengadilan manusia di dunia..
tapi ingat!!
ALLAH tu adalah seadil-adil penghukum..
di sana nanti xkan ada siapa pun yg akan terlepas dari persaksianNYA..
tu dari sudut aqliah..
Jom kita tengok pula apa yg sedia ada dari aspek naqli..
Secara fitrahnya, memang ALLAH s.w.t jadikan wanita sebagai tarikan utama pada kaum lelaki..
Kerana wanita punya ciri semulajadi sebagai penggoda..
wanita juga ada banyak helah yg bisa membuat mereka2 itu menderita batinnya..
sungguhpun wanita ada sekeping hati yg melahirkan sejuta rasa di minda..
namun setiap inci raut wajah dan tubuh wanita itu sendiri adalah senjata!!
Jika tidak..masakan dikatakan dalam ayat ketiga Surah an-Nuur..
"perempuan2 yg berzina dan laki2 yg berzina, maka deralah tiap2 seorang dari kedua-duanya 100 kali dera..."ayat tentang zina dimulai dengan 'penzina2 perempuan'..
Tini bukan nak mentafsir ayat Quran sbb Tini sendiri terlalu naif untuk tu..
sekadar perkongsian hikmah mengenai ayat ni yg jelas..
Akhir kalam..meh kite sama2 renungkan mafhum ayat 59 Surah al-Ahzab;
Hai Nabi katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mu'min: "hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yg demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Buat muhasabah dalam mood exam ni,mengingatkan diriku dan juga sahabat2 yang disayangi...
Sunday, October 3, 2010

"ya ALLAH ... sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada islam dan perjuangnnya,maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara, tetapi sekiranya kejayaan membuatku jauh dari islam dan perjuangannya, maka KAU berhak menentukan selayaknya untukku.. kerana aku imani tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.. amiin.."
Monday, September 27, 2010
Single Is Best...

Cinta?T'lalu besar mknanya cinta...Cinta kpd ALLAH S.W.T,cinta kpd Rasul,cinta kpd ibu bapa,cinta kpd kaum keluarga,cinta kpd suami/isteri/kekesih,cinta kpd guru2,cinta kpd kawan2 dan cinta s'sama makhluk tuhan..
Sunday, September 26, 2010
Two Is Better Than One......
~PERKAHWINAN~
Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~
Thursday, September 23, 2010
...doa penawar hati...

Doa kebaikan untuk ibu bapa.
“Ya Allah,ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihani mereka seperti mereka mengasihaniku semasa aku kecil.”
Doa memohon supaya dijauhkan syirik dan akhlak buruk.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada syak, ragu-ragu dan syirik kepadaMu. Kami berlindung kepadaMu daripada sifat kufur dan iman yang pura-pura. Kami juga memohon perlindunganMu daripada akhlak-akhlak yang jahat, pandangan yang buruk dan kesudahan yang buruk pada harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami.”
Doa memohon rasa tertarik pada al-Quran serta mengubati dukacita dan penyakit hati.
“Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran, kemuliaan dan kekuatan yang tidak tertanding. Aku memohon kepadaMu wahai Tuhan yang maha pengasih, dengan kebesaranMu dan cahaya daripadaMu, engkau tetapkanlah hatiku dengan mengingati kitabMu sebagaimana engkau ajarkan kepadaku sehingga aku dapat membacanya dan mengikut cara yang Kau reda padaku.”
Doa memohon supaya bertambah ilmu dan kefahaman.
“Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkan urusanku. Ya Allah keluarkanlah kami daripada kegelapan dan keraguan. Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakan makrifat ilmu bagi kami, berikan cahaya pada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan. Mudahkan bagi kami memasuki pintu-pintu kurniaMu, wahai yang maha penyayang.”
Doa memohon kebaikan dalam semua urusan.
“Ya Allah kurniakan kami rahmat daripadaMu dan berikan kemudahan serta petunjuk kepada kami demi keselamatan agama kami.”
Doa memohon supaya dimudahkan segala urusan.
“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau jadikan ia mudah dan tiada kedukaan melainkan Engkau hilangkan ia.”
Amalan pembuka rezeki.
Membaca surah al-waqiah.
Doa memohon supaya dicukupkan rezeki.
“Ya Allah, cukupkan aku dengan rezeki yang halal dan kayakan aku dengan limpah kurniaMu daripada aku meminta kepada selain daripadaMu.”
Doa mengelak daripada perkara yang memudaratkan.
“Dengan nama Allah, tiada sesuatu pun yang boleh member mudarat kepadaku di bumi dan juga di langit dengan berkat namaMu, dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.”
Doa memohon supaya dijauhkan daripada bala bencana.
“Ya Allah, wahai Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada segala bala bencana, daripada kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami memohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.”
Doa menjauhi bala.
“wahai Tuhan yang menjauhkan bala, wahai Allah yang menjauhkan bala, wahai Pengasih jauhkan segala bala daripada kami di dunia dan akhirat. Jauhkan bencana yang datang daripada musuh-musuh di kalangan manusia dan jin, dan daripada syaitan dan iblis dan apa-apa yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi. Dengan rahmat Engkau, wahai maha pemurah lagi maha penyayang.”
Amalan melembutkan hati:
i. Baca surah al-Fatihah
ii. Baca surah al-Hasyr, ayat 21-24
iii. Doa melembutkan hati
iv. Solat sunat hajat
Doa melembutkan hati.
“Ya Allah, lembutkan hatiku sebagaimana Kau lembutkan besi untuk Nabi Daud.”
[doa daripada buku "di bawah payung Aishah: Tip-tip poligami"...]
dah nak kena hantar buku ni ke library, due date dah nak dekat,huhuhu...rumate cakap,"amboi,nak berpoligami ke"...hehehe....xla,baca untuk tambah ilmu...tapi kalau tu ketentuanNya di kemudian hari,kemudian hari la buat keputusan....not this time...kuikuikui........tapi baca buku ni,we must think +ve...syariat yang diturunkan Allah,ada perkara yang kita tak nampak,tapi Allah nampak...there have a reason why...